Thursday, September 3, 2015

.. Masa..

Masa, tolonglah berhenti..
Kerana saat indah ini
Belum rela dilepaskan..

Masa, pantaslah berlalu
Kerana kemuraman ini
Membawa seribu kesakitan

Jujurlah pada masa
Kerana ia tak pernah mengejar manusia
Kelalaian itu membuat kita tertinggal
Menghayati yang indah mahupun suram

Saturday, August 22, 2015

Kejap je dah 10 bulan

Kalau tengok tajuk pun dah boleh agak. Kejap je buah hati pengarang jantung ibu dah masuk 10 bulan. Tak puas lagi tengok die kekal jadi bayi. Ohhh anak.. Boleh tak kalau terus kekal macam ni jer.  Lately, Amsyar kerap sakit. Dalam 2 minggu ni asyik la ke klinik. Dari satu hal ke satu hal. Mula- mula batuk- batuk berkahak, then tiba- tiba tangan naik gatal- gatal, dan terkini dahi benjol macam telur. Masa dahi naik benjol tu, aku suspect amsyar jatuh dekat taska. Tapi bila tanya, pihak taska cakap macam kena gigit je. Sebab memang dekat kepala Amsyar ade macam kesan merah sebab kena gigit, tapi bila tengok benjol die boleh naik seriau jugak sebab nampak macam terjatuh. Mujur tak lama, balik rumah lepas tuam makin surut. Jumaat lepas,balik dari sekolah terus ambil Amsyar, naik lagi bintat dekat tangan pula. Masa ni aku dah mula feel tak syok. Eyhhh.. Tak kan kena gigit lagi. Balik rumah terus mengadu dekat suami. Suami plan ajak ke klinik esok hari. Malam tu boleh pula Amsyar gigit dekat tempat bintat tu. Maybe sebab tak tahan dengan kegatalannya. Tak pasal-pasal dekat tangan tu dah macam ade kesan gigitan. Keesokkannya, memang naik semacam bintat tu. Serius tengok dah kembung semacam. Dalam hati dah risau je ni, kalau bukan kena gigit apa-apa aku suspect Amsyar ni macam ade allergic dengan something kot. Alhamdulillah, bila ke klinik doktor bagitau memang bintat tuh kesan kena gigit dengan serangga. Boleh jadi semut atau seangkatannya. Fuhhh.. Terus lega jadinya. Now, memang kena rajin pantau je la.

Masa on the way balik, encik suami pon buka mulut tanya kat Amsyar konon- konon macam Amsyar paham la..
Abah : Amsyar ni, kenapa asyik sakit je sekarang ni?
Amsyar : (buat muka tak paham) hahaha

Tiba-tiba aku mencelah
Takpe lah abang. Alhamdulillah, Allah uji anak kita dengan ujian sakit yang kita nampak dan boleh cure.  Cuba bayangkan anak-anak orang lain yang nampak sihat tapi rupanya tengah menderita sakit sesuatu.

Tak tau la, kalau pasal anak ni tahap sensitif dia memang tak boleh ramal. Sebab aku yakin tak semua orang Allah kurnia kelebihan ada anak. Sementara dipinjamkan anak ini, memang tanggungjawab aku dan suami menjaganya sebaik mungkin.

Friday, August 21, 2015

Krik.. Krik..

Hahaha... Bukan main nak krik.. Krik sangat.
Eyhhh... Dah bersawang sangat ni kena tinggal..
Banyak benda dah tertinggal..
Ohoiii.. Kasi update la.
Orang lain dah macam-macam move on.
Tapi ni kes selesa sangat sampai tak sempat nk update.
 
Apa yang ade hari ini???
Alhamdulillah, selamat bergelar ibu kepada Muhammad Rayyan Amsyar b Mohd Zaid.Amsyar pun dah masuk 10 bulan. Kejap je kan masa berlalu. Tetiba rasa macam dah tua padahal anak baru satu. Jiwa pon dah ke arah mak- mak sekarang. Balik kerja, anak yang menanti depan rumah. Tido malam pon anak yang menempel kt tepi. Nak beli barang pon, fikir tentang anak. Semuanya anak anak dan anak. Diri sendiri kalau nak reward pon memang selalu postpone. Selalu sangat dah sekarang ni.
Penyakit lupa pon makin menjadi- jadi sekarang. Plan lain nanti jadi lain. Semakin kurang hasil kemenjadiannya (hahhhh... Sastera sangat). Okey, penat bebel. Dah dah dah banyak kerja menanti.