Tuesday, June 28, 2011

::PENAT::

Banyak kerja dan sedikit terkejar-kejar. Begitu la sedikit sebanyak rutin hidup aku untuk beberapa minggu ini. Kengkangan masa yang terhad setelah ditolak-tolak dengan masa untuk bermalas-malasan. Betul la pepatah yang pernah aku dengar ini "tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada". Bidang guru yang aku pilih ini bukan lagi tradisi guru-guru dulu yang rutinnya ke sekolah, mengajar dan pulang ke rumah seusai pengajaran. Guru-guru kini lebih perlu bersedia dengan tugasan yang dibelakang tabir yang kadang kala bersembunyi di waktu hujung2 minggu.

Naik je cuti sekolah yang lalu, persediaan mental dan fizikal sangat2 diperlukan. Beberapa hujung minggu tak menjadi seindah yang diinginkan bila mana kudrat cikgu2 diperlukan untuk beberapa aktiviti yang sumpah membosankan..haha. Sabtu itu bukan cuti rasanya bila guru-guru bergerak hadir secara marathon setiap minggu ke sekolah. Kasihan kami =(

19/6/2011 - Meeting guru-guru. kononnya ada LDP tapi boleh pulak cancel. Aish~

26/6/2011- Hari terbuka. Memang sangat2 terbuka sebab cikgu2 kena membuka telinga seluas2nya mendengar masalah pelajar dari ibu bapa.. Memang susah nak dihentikan melainkan bijak mengunakan alasan. Contohnya: puan, saya mungkin mengalami kecacatan telinga kekal kalau puan tak cuba berhenti bercakap =P.kehkehkeh...Kehadiran pelajar dan ibu bapa kurang memberangsangkan. Mungkin title yang dipegang sebagai pelajar kelas kedua hujung, tidak memupuk keperihatinan ibu bapa untuk hadir. Aku benar-benar kasihankan kehidupan anak-anak ini =)

30/6/2011 - kena hadir ke sekolah pada waktu pagi. Argh!! Hari Sukan tuh..tadaaaaaaa~ Go kasturi! Go kasturi!! terus maju jangan mundur..Chewah! cikgu dia pulak yang semangat. Kedudukan rumah sukan tak berapa membanggakan..atlit2 yang mantap belum berjaya dilahirkan..mungkin~hahaha. mata terkumpul sebelum acara sukan meletakkan kasturi di kedudukan ke 5 dari 6..okey la dari yang paling tercorot. (jawapan sekadar menyedapkan hati).

1/7/2011- maseh perlu hadir ke sekolah awal. Menghadiri sambutan israk mikraj di sekolah. Tetapi sedikit berbentuk kelegaan kerana sesi pengajaran di waktu petang tidak akan berjalan. Makanya habis sahaja program, boleh laju2 pulang ke rumah dan tidur dengan senang hati. Ku kesukaan..yeah~

2/7/2011- unlike hari ini. haha..sabtu maseh diganggu dengan aktiviti yang sumpah tak cumil. Engkau rasa cumil ke bila kena berlari-lari anak bersama pelajar-pelajar mempusing taman2. Aku sayangkan lemak2 yang ada ini. Takkan mungkin aku sanggup berpisah dengan mereka. Chewah~ ~~ Tapi ini la salah satu komitmen yang menuntut pengorbanan cikgu2 sekali lagi. FINE!!aku cuba berlagak hipokrit..datang ke sekolah, berlari-lari anak, berhenti sekejap bila penat, sambung lari lagi, sampai tiba garisan penamat..aktiviti berakhir dengan sempurna. Balek rumah apa lagi..marathon tidur la pulak.

3/7/2011- mungkin diminta untuk menggantikan AJK sempena kem ibadat. Bersahabat itu ada nilai memberi dan menerima. Mungkin kini saatnya aku memberi bantuan =). redhakanlah hati ini atas hikmah pemberianMU =)

Menjadi guru kini tak semudah dulu. Tapi saat ini aku selalu mengharapkan 25hb datang dengan cepat. Aku perlukan reward duniawi jugak atas apa yang aku lakukan..hahaha~

Monday, June 13, 2011

::UNPERFECT::

Kalau kesempurnaan jadi ukuran..aku memang sentiasa kalah =(

Pernah tak dalam hidup ini engkau tak pernah mengeluh ? Pernah tak engkau berhenti dari mempersoalkan setiap sesuatu yang terjadi?

Betul la kata orang, hidup ini seperti taik cicak..
kejap sisinya hitam..kejap sisinya putih...
yang pasti kedua-duanya ada..

Mungkin aku kurang memberi, maka padahnya kini aku kurang menerima..

Mungkin jugak aku terlebih senyum satu ketika dulu..maka kini aku harus memuncung rupa sehodoh saat ini..

Segala-galanya mungkin..aku cuba untuk menjadi pasrah..
tetapkanlah hati ini.. Allah sentiasa bersama hamba-hambanya =)