Monday, August 15, 2011

::WATAK PIPIH::

Watak pipih..bunyi macam old school je. Haha. Tapi ini la word yang cekgu cekgi pernah gunakan masa ajar sastera kat kanak-kanak di sekolah. Kalau dalam words yang lagi sopan, macam watak sampingan gitu. Ada watak bujur, watak hitam, watak putih..eh!betul ke? Haha. Seperti sudah kelupaan juga. Terlalu lama meninggalkan kelihatan seperti tertinggal =).

Dalam drama atau movie, suma orang mahu lihat watak utama. Hero mahupun heroin. Kalau hero tak berapa handsome, laju2 tukar channel. Kalau heroin macam kerek je. Teros tutup tb. Haha.. Bukan mudah nak jadi hero dan heroin yang disukai. Kalau kau ada aura yang sehebat mawi, suara selunak ct nurhaliza, rupa secomel nora danish memang penonton duduk tanpa toleh kiri dan kanan. Tapi kalau dah namanya watak utama, tetap diberi perhatian. Untung sebenarnya menjadi yang utama.

Watak pipih @ watak sampingan, orang memang tak nampak. Serius. Kekadang orang tak tahu pun yang kau pernah berlakon. Sentiasa nampak baru.Tapi kalau dah kerap jadi extra, sampai bila2 la jadi extra. Haha. Kalau dalam scene tuh ade 30 tape, mayb kau keluar dalam 5 scene je. Tak kesah la, asal cukup masa gaji mesti kasi bayar.

Begitulah ironi kehidupan, kau bukan siapa2 kalau tak mampu jadi yang utama. Orang yang lihat kau pun, tengok biasa2 je..Macam orang yang lalu lalang kat pasar malam. Intai2 dari jauh tapi tak tampil dekat. Ada atau tiada pun, tiada yang kisah =). Saat perlu, kau diburu..Tapi lebihnya pada tidak. Haha (gelak dalam kecik hati).

Sunyi sebenarnya bila jadi alone ranger =(=(=(


p/s : walau kita punya ramai teman satu ketika dulu. Tapi kita hanya miliki diri sendiri. Sila jangan bersedih. Keep smiling~