Monday, March 24, 2014

Terlintas..

Apabila penat bekerja banyak usaha terapi yang kerap dilakukan untuk mengurangkan tekanan. Antaranya shopping!!! Terapi paling mudah tetapi membuang duit. Untuk mereka yang dalam kalangan tak berduit, terapi ini bukan lah antara yang terbaik. Kita sebagai insan yang sering berpandukan sifat syaitonnirajim, seringkali memilih pendekatan  yang mudah ini. hihihi...

Namun begitu, ade terapi yang sebenarnya tanpa sedar dapat memberikan kita pendapatan sampingan. Ini berdasarkan beberapa cerita benar yang berlaku di sekitar saya.

si A : akak stress la dik oi..

si B : kenapa la kakak oi. Jangan stress2 nanti cepat tua

si A : akak perlukan terapi ni..fuh!!

si B : macam2 terapi ade kak, jom shopping!!g spa ke..erm, melancong ke, nak??hehe

si A : tak mau la..buang duit suma tuh. Akak nak buat kek. hehe..

si B : Pulak.

hehe...tu dia!!! pernah dengar tak dengan membuat kek, berlaku sesi terapi dalam diri. Apa yang paling awesome dengan kakak di atas ini, beliau memilih untuk berbisness dengan hasil tangannya itu.

Kite diberikan pilihan untuk mencari sumber kewangan. Sebagai isteri yang berniat untuk membantu suami memcari lebihan pendapatan, kekadang terlintas jugak untuk bergiat seperti kakak di atas. Tapi satu masalah yang sangat nyata, den tak reti buat kek..hehe. Biasalah benda yang terlintas sekali lalu ni, kadang-kadang jadi angan- angan je.


Sekian lama...hehe

Agak lama tak menaip di sini. Banyak  kisah yang menarik berlaku dengan sia-sia, tanpa catatan yang boleh dikenang kembali nanti. Today!! secara rasminya, saya akan mula merajinkan diri untuk mencoret kembali. Catatan yang memberi peringatan akan jatuh bangunnya hidup ini. Memberi kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang supaya lebih baik dan maju ke depan..chewah!!

Hari ini secara tidak sedarnya, hampir 10 bulan bergelar isteri kepada encik Mohd Zaid. Pejam celik saja, hampir mencecah setahun usia perkahwinan kami. Melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang isteri yang masih lagi bertatih dan dalam proses saling mengenali. Tempoh perkenalan dulu walaupun mencecah 5 tahun belum cukup meyakinkan bahawa kami saling memahami. Segalanya bermula dengan zero saat lafaz sakinah dituturkan.

Bermula dari suami isteri hujung minggu, alhamdulillah berkat doa yang tak putus-putus, permulaan tahun 2014 membawa sinar yang baik untuk kami. Pengumuman keputusan rayuan pertukaran tempat kerja memihak kepada diri ini untuk berada dekat di samping suami tersayang. Walaupun ada sekelumit rasa sedih, meninggalkan teman-teman yang pernah merasa susah senang bersama, semakin menjauh dari keluarga sendiri, namun diri ini yakin dengan tiap ketentuan yang dititipkan. Akan tetap ada hikmah yang tak tersangka bila dekat bersama suami tercinta. 16 Feb 2014 akan dikenang sampai bila-bila, saat aku bergelar bukan lagi isteri dihujung minggu.

Kini setelah hampir sebulan melalui hari-hari di Shah Alam, Alhamdulillah, satu lagi berita baik menceriakan hari-hari kami. Allah Maha Berkuasa, Dia lebih mengetahui perancangan yang terbaik untuk hambanya. Tanpa disedari, dalam diri ini, sudah ada satu roh baru yang ditiupkan untuk melengkapkan lagi keluarga kami. Hari ini genap 8 minggu, ia bersenyawa dengan baik. Moga kesihatan yang baik dikurniakan kepada diriku dan bayi yang ku kandungkan ini.

Permulaan kisah ini membuka niat kembalinya kembara nuraniku di sini. InsyaAllah, aku akan lebih istiqamah!!hehe...