Thursday, September 3, 2015

.. Masa..

Masa, tolonglah berhenti..
Kerana saat indah ini
Belum rela dilepaskan..

Masa, pantaslah berlalu
Kerana kemuraman ini
Membawa seribu kesakitan

Jujurlah pada masa
Kerana ia tak pernah mengejar manusia
Kelalaian itu membuat kita tertinggal
Menghayati yang indah mahupun suram