Monday, November 28, 2011

::BE COOL::

cool..(sebutan pendek)
coooooooooooooooooooooollllllllllllllllllllllllll(sebutan panjang)

bila rasa marah menguasai diri, ini word yang paling sesuai untuk redakan. Tapi tak berapa berjaya jugak kekadang pendekatan ni..lagi power kalau kau boleh menjerit dan buat jiran-jiran keluar rumah sambil buat muka pelik..haha.

ustaz aku dulu pesan, kerapkan istighfar, tapi lidah neh degil jugak..kerap la nak menjerit. dasar manusia batu. semua nak keras..

marah ini lahir dari rasa cemburu yang tidak sepatutnya. Cemburu yang salah pada tempatnya. Memang setan bertepuk bangga bila aku layankan perasaan ini.. kan bagus kalau ada ubat yang boleh hilangkan rasa cemburu neh. telan 2 biji, minum air suam..teros tido. Esok terus lupa..tapi mustahil sangat2 =(.

p/s : cam mano den nak sonang hati. Asik pusing2 dengar lagu ni..makin sakit hati.haha. istikharah.

Monday, August 15, 2011

::WATAK PIPIH::

Watak pipih..bunyi macam old school je. Haha. Tapi ini la word yang cekgu cekgi pernah gunakan masa ajar sastera kat kanak-kanak di sekolah. Kalau dalam words yang lagi sopan, macam watak sampingan gitu. Ada watak bujur, watak hitam, watak putih..eh!betul ke? Haha. Seperti sudah kelupaan juga. Terlalu lama meninggalkan kelihatan seperti tertinggal =).

Dalam drama atau movie, suma orang mahu lihat watak utama. Hero mahupun heroin. Kalau hero tak berapa handsome, laju2 tukar channel. Kalau heroin macam kerek je. Teros tutup tb. Haha.. Bukan mudah nak jadi hero dan heroin yang disukai. Kalau kau ada aura yang sehebat mawi, suara selunak ct nurhaliza, rupa secomel nora danish memang penonton duduk tanpa toleh kiri dan kanan. Tapi kalau dah namanya watak utama, tetap diberi perhatian. Untung sebenarnya menjadi yang utama.

Watak pipih @ watak sampingan, orang memang tak nampak. Serius. Kekadang orang tak tahu pun yang kau pernah berlakon. Sentiasa nampak baru.Tapi kalau dah kerap jadi extra, sampai bila2 la jadi extra. Haha. Kalau dalam scene tuh ade 30 tape, mayb kau keluar dalam 5 scene je. Tak kesah la, asal cukup masa gaji mesti kasi bayar.

Begitulah ironi kehidupan, kau bukan siapa2 kalau tak mampu jadi yang utama. Orang yang lihat kau pun, tengok biasa2 je..Macam orang yang lalu lalang kat pasar malam. Intai2 dari jauh tapi tak tampil dekat. Ada atau tiada pun, tiada yang kisah =). Saat perlu, kau diburu..Tapi lebihnya pada tidak. Haha (gelak dalam kecik hati).

Sunyi sebenarnya bila jadi alone ranger =(=(=(


p/s : walau kita punya ramai teman satu ketika dulu. Tapi kita hanya miliki diri sendiri. Sila jangan bersedih. Keep smiling~



Friday, July 8, 2011

::CORETAN::

Entri yang dah sangat lama disimpan tapi akhirnya terpublish juga =)


KHAMIS,10 FEB 2011
Jangan cakap jiwa kau kebal kalau dalam hati ada taman. Mengajar mereka yang bukan dalam kategori cerdik kadangkala melemahkan semangat yang selalunya berkobar-kobar. Saat pertama kali melangkahkan kaki ke kelas itu, aturan nafas bagaikan tidak lancar. Ayunan kaki bagaikan tidak seirama. Satu kata sepakat dizahirkan dalam sekali nafas, tugasku mendidik…ya, aku perlu ikhlas.

Tan Chun Hong..
Manusia yang kalis jiwanya. Kalis dengan segala bebelan, sebatan dan teguran. Teguran guru dianggap mainan semata. Senyuman berbentuk sindiran mengundang amarah guru. Dunianya hanya dengan bermain. Apabila di marah, sengihan mengejek menghiasi wajah. Memang kau betul-betul perlu untuk menjadi kebal. Tapi hari ini, dia kelihatan lain. Wajahnya mengundang sedu yang tak terlihat. Aku masih seperti selalu, menapak ke kelas dengan hati yang pasrah. Dalam hati tak henti berzikir, tetapkan hati agar tidak lari matlamat ikhlas ini. Langkahku terhenti apabila aku di sapa.

TCH : Cikgu, ini limau. Mau ka?
AKU : Boleh je. Meh bagi saya.
TCH : Satu limau 50 sen. Ade 6 biji ma. Bagi wa rm3.
AKU : Tak mahu la saya….

Aku lantas bergerak pergi. Memulakan rutinku, mengajar mereka di kelas peralihan ini. Hari ini, die Tan Cun Hong bersikap sedikit sopan . Ketika ku catatkan latihan di atas papan putih, tiba-tiba satu balingan yang tidak diketahui usulnya, datang menerpa ruang depan kelas. Aku terkejut lantas memandang ke belakang. Kulihat limau yang sudah terburai isinya, jatuh di sisiku. Ku gagahkan diri melihat terus ke belakang kelas, Tan Chun Hong sedang bertarung menahan amarah, tangannya erat menggenggam kepal tangan lalu lantas dia keluar dari kelas sehingga masa tamat.

Ketika aku ralit menulis latihan di hadapan kelas, rupa-rupanya kawan-kawan yang lain suda memasang niat untuk mengambil limau yang dibawa oleh Tan Chun Hong. Mereka membaling buah limau yang ada sehingga mengotorkan kelas. Kejadian itu mengundang marahku, seisi kelas didenda dan tidak dibenarkan pulang awal.

Mengapakah aku bercerita. Dalam hatiku ini, dapat ku rasakan niat ikhlasnya membawa buah limau untuk aku tetapi niatnya tidak kesampaian. Mungkin dia nakal tapi dia juga punya hati dan perasaan. Aku tahu itu.

Sunday, July 3, 2011

::TAK TERKATA::

Zaman pokai adalah zaman yang tidak menggembirakan. Kau perlu berjimat dalam penggunaan kertas yang dipanggil wang. Rutin seharian juga mungkin tidak selancar dulu yang penuh dengan bunyi kicau burung yang indah-indah. Jangan bersedih bila seluar yang diseluk tidak memberikan respond yang kau berduit saat ini. Sabarlah... hidup ini tetap harus diteruskan. Sob3...

Meniti hari-hari menanti 25hb itu datang, sungguh menguji kesabaran. Ada perut yang perlu diisi, ada keinginan yang perlu dipenuhi, ada motor yang perlu ditunggangi..semuanya perlukan duit.

Keinginan dan cita-cita....
1) aku perlu berkereta dalam tahun ini jugak.
2) hutang ptptn yang sedia ada perlu disegerakan pembayaran
3) kad kredit- perlukan semangat yang gigih untuk membayarnya
4) tanah -ayah bercita-cita untuk memiliki tanah..=). Along sedang usahakan..
5) ingin memegang segulung master- rasanya ini sangat2 lambat untuk aku kecapi kini

Act,yang berlegar dalam fikiran ini memang banyak. Tapi cukuplah lima yang perlu dikecapi dalam masa terdekat ini. Semuanya perlukan kekuatan usaha dan doa yang berpanjangan.

Tuesday, June 28, 2011

::PENAT::

Banyak kerja dan sedikit terkejar-kejar. Begitu la sedikit sebanyak rutin hidup aku untuk beberapa minggu ini. Kengkangan masa yang terhad setelah ditolak-tolak dengan masa untuk bermalas-malasan. Betul la pepatah yang pernah aku dengar ini "tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada". Bidang guru yang aku pilih ini bukan lagi tradisi guru-guru dulu yang rutinnya ke sekolah, mengajar dan pulang ke rumah seusai pengajaran. Guru-guru kini lebih perlu bersedia dengan tugasan yang dibelakang tabir yang kadang kala bersembunyi di waktu hujung2 minggu.

Naik je cuti sekolah yang lalu, persediaan mental dan fizikal sangat2 diperlukan. Beberapa hujung minggu tak menjadi seindah yang diinginkan bila mana kudrat cikgu2 diperlukan untuk beberapa aktiviti yang sumpah membosankan..haha. Sabtu itu bukan cuti rasanya bila guru-guru bergerak hadir secara marathon setiap minggu ke sekolah. Kasihan kami =(

19/6/2011 - Meeting guru-guru. kononnya ada LDP tapi boleh pulak cancel. Aish~

26/6/2011- Hari terbuka. Memang sangat2 terbuka sebab cikgu2 kena membuka telinga seluas2nya mendengar masalah pelajar dari ibu bapa.. Memang susah nak dihentikan melainkan bijak mengunakan alasan. Contohnya: puan, saya mungkin mengalami kecacatan telinga kekal kalau puan tak cuba berhenti bercakap =P.kehkehkeh...Kehadiran pelajar dan ibu bapa kurang memberangsangkan. Mungkin title yang dipegang sebagai pelajar kelas kedua hujung, tidak memupuk keperihatinan ibu bapa untuk hadir. Aku benar-benar kasihankan kehidupan anak-anak ini =)

30/6/2011 - kena hadir ke sekolah pada waktu pagi. Argh!! Hari Sukan tuh..tadaaaaaaa~ Go kasturi! Go kasturi!! terus maju jangan mundur..Chewah! cikgu dia pulak yang semangat. Kedudukan rumah sukan tak berapa membanggakan..atlit2 yang mantap belum berjaya dilahirkan..mungkin~hahaha. mata terkumpul sebelum acara sukan meletakkan kasturi di kedudukan ke 5 dari 6..okey la dari yang paling tercorot. (jawapan sekadar menyedapkan hati).

1/7/2011- maseh perlu hadir ke sekolah awal. Menghadiri sambutan israk mikraj di sekolah. Tetapi sedikit berbentuk kelegaan kerana sesi pengajaran di waktu petang tidak akan berjalan. Makanya habis sahaja program, boleh laju2 pulang ke rumah dan tidur dengan senang hati. Ku kesukaan..yeah~

2/7/2011- unlike hari ini. haha..sabtu maseh diganggu dengan aktiviti yang sumpah tak cumil. Engkau rasa cumil ke bila kena berlari-lari anak bersama pelajar-pelajar mempusing taman2. Aku sayangkan lemak2 yang ada ini. Takkan mungkin aku sanggup berpisah dengan mereka. Chewah~ ~~ Tapi ini la salah satu komitmen yang menuntut pengorbanan cikgu2 sekali lagi. FINE!!aku cuba berlagak hipokrit..datang ke sekolah, berlari-lari anak, berhenti sekejap bila penat, sambung lari lagi, sampai tiba garisan penamat..aktiviti berakhir dengan sempurna. Balek rumah apa lagi..marathon tidur la pulak.

3/7/2011- mungkin diminta untuk menggantikan AJK sempena kem ibadat. Bersahabat itu ada nilai memberi dan menerima. Mungkin kini saatnya aku memberi bantuan =). redhakanlah hati ini atas hikmah pemberianMU =)

Menjadi guru kini tak semudah dulu. Tapi saat ini aku selalu mengharapkan 25hb datang dengan cepat. Aku perlukan reward duniawi jugak atas apa yang aku lakukan..hahaha~

Monday, June 13, 2011

::UNPERFECT::

Kalau kesempurnaan jadi ukuran..aku memang sentiasa kalah =(

Pernah tak dalam hidup ini engkau tak pernah mengeluh ? Pernah tak engkau berhenti dari mempersoalkan setiap sesuatu yang terjadi?

Betul la kata orang, hidup ini seperti taik cicak..
kejap sisinya hitam..kejap sisinya putih...
yang pasti kedua-duanya ada..

Mungkin aku kurang memberi, maka padahnya kini aku kurang menerima..

Mungkin jugak aku terlebih senyum satu ketika dulu..maka kini aku harus memuncung rupa sehodoh saat ini..

Segala-galanya mungkin..aku cuba untuk menjadi pasrah..
tetapkanlah hati ini.. Allah sentiasa bersama hamba-hambanya =)