Friday, July 8, 2011

::CORETAN::

Entri yang dah sangat lama disimpan tapi akhirnya terpublish juga =)


KHAMIS,10 FEB 2011
Jangan cakap jiwa kau kebal kalau dalam hati ada taman. Mengajar mereka yang bukan dalam kategori cerdik kadangkala melemahkan semangat yang selalunya berkobar-kobar. Saat pertama kali melangkahkan kaki ke kelas itu, aturan nafas bagaikan tidak lancar. Ayunan kaki bagaikan tidak seirama. Satu kata sepakat dizahirkan dalam sekali nafas, tugasku mendidik…ya, aku perlu ikhlas.

Tan Chun Hong..
Manusia yang kalis jiwanya. Kalis dengan segala bebelan, sebatan dan teguran. Teguran guru dianggap mainan semata. Senyuman berbentuk sindiran mengundang amarah guru. Dunianya hanya dengan bermain. Apabila di marah, sengihan mengejek menghiasi wajah. Memang kau betul-betul perlu untuk menjadi kebal. Tapi hari ini, dia kelihatan lain. Wajahnya mengundang sedu yang tak terlihat. Aku masih seperti selalu, menapak ke kelas dengan hati yang pasrah. Dalam hati tak henti berzikir, tetapkan hati agar tidak lari matlamat ikhlas ini. Langkahku terhenti apabila aku di sapa.

TCH : Cikgu, ini limau. Mau ka?
AKU : Boleh je. Meh bagi saya.
TCH : Satu limau 50 sen. Ade 6 biji ma. Bagi wa rm3.
AKU : Tak mahu la saya….

Aku lantas bergerak pergi. Memulakan rutinku, mengajar mereka di kelas peralihan ini. Hari ini, die Tan Cun Hong bersikap sedikit sopan . Ketika ku catatkan latihan di atas papan putih, tiba-tiba satu balingan yang tidak diketahui usulnya, datang menerpa ruang depan kelas. Aku terkejut lantas memandang ke belakang. Kulihat limau yang sudah terburai isinya, jatuh di sisiku. Ku gagahkan diri melihat terus ke belakang kelas, Tan Chun Hong sedang bertarung menahan amarah, tangannya erat menggenggam kepal tangan lalu lantas dia keluar dari kelas sehingga masa tamat.

Ketika aku ralit menulis latihan di hadapan kelas, rupa-rupanya kawan-kawan yang lain suda memasang niat untuk mengambil limau yang dibawa oleh Tan Chun Hong. Mereka membaling buah limau yang ada sehingga mengotorkan kelas. Kejadian itu mengundang marahku, seisi kelas didenda dan tidak dibenarkan pulang awal.

Mengapakah aku bercerita. Dalam hatiku ini, dapat ku rasakan niat ikhlasnya membawa buah limau untuk aku tetapi niatnya tidak kesampaian. Mungkin dia nakal tapi dia juga punya hati dan perasaan. Aku tahu itu.

No comments:

Post a Comment