Agak lama tak menaip di sini. Banyak kisah yang menarik berlaku dengan sia-sia, tanpa catatan yang boleh dikenang kembali nanti. Today!! secara rasminya, saya akan mula merajinkan diri untuk mencoret kembali. Catatan yang memberi peringatan akan jatuh bangunnya hidup ini. Memberi kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang supaya lebih baik dan maju ke depan..chewah!!
Hari ini secara tidak sedarnya, hampir 10 bulan bergelar isteri kepada encik Mohd Zaid. Pejam celik saja, hampir mencecah setahun usia perkahwinan kami. Melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang isteri yang masih lagi bertatih dan dalam proses saling mengenali. Tempoh perkenalan dulu walaupun mencecah 5 tahun belum cukup meyakinkan bahawa kami saling memahami. Segalanya bermula dengan zero saat lafaz sakinah dituturkan.
Bermula dari suami isteri hujung minggu, alhamdulillah berkat doa yang tak putus-putus, permulaan tahun 2014 membawa sinar yang baik untuk kami. Pengumuman keputusan rayuan pertukaran tempat kerja memihak kepada diri ini untuk berada dekat di samping suami tersayang. Walaupun ada sekelumit rasa sedih, meninggalkan teman-teman yang pernah merasa susah senang bersama, semakin menjauh dari keluarga sendiri, namun diri ini yakin dengan tiap ketentuan yang dititipkan. Akan tetap ada hikmah yang tak tersangka bila dekat bersama suami tercinta. 16 Feb 2014 akan dikenang sampai bila-bila, saat aku bergelar bukan lagi isteri dihujung minggu.
Kini setelah hampir sebulan melalui hari-hari di Shah Alam, Alhamdulillah, satu lagi berita baik menceriakan hari-hari kami. Allah Maha Berkuasa, Dia lebih mengetahui perancangan yang terbaik untuk hambanya. Tanpa disedari, dalam diri ini, sudah ada satu roh baru yang ditiupkan untuk melengkapkan lagi keluarga kami. Hari ini genap 8 minggu, ia bersenyawa dengan baik. Moga kesihatan yang baik dikurniakan kepada diriku dan bayi yang ku kandungkan ini.
Permulaan kisah ini membuka niat kembalinya kembara nuraniku di sini. InsyaAllah, aku akan lebih istiqamah!!hehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment